Perdaya Pengguna Facebook Raih Keuntungan Lumayan

- Advertisement -

PETALING JAYA: Sindiket penipuan pelaburan unit amanah dikesan menggunakan Facebook sebagai platform untuk memperdayakan pelabur dengan tawaran pulangan lumayan dalam tempoh masa tertentu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima banyak laporan berhubung kegiatan sindiket terbabit di daerah ini.

Menurutnya, sindiket terbabit menggunakan laman sosial Facebook untuk menarik perhatian ‘pelabur’.

“Pelabur yang berminat boleh membeli beberapa unit pada harga RM130 per unit dengan membuat bayaran atas nama syarikat itu menggunakan akaun bank tempatan.

“Setakat ini, pihak polis menganggarkan terdapat lebih 100 individu berusia antara 18 hingga 35 tahun dipercayai melabur dalam pelaburan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, siasatan terhadap pelaburan unit amanah itu dibuat selepas pihak polis menerima satu laporan daripada seorang pelabur yang gagal mendapat pulangan semula.

“Sindiket itu menjanjikan pulangan lumayan bergantung kepada jumlah unit dibeli oleh mangsa. Bagaimanapun, mangsa mendakwa masih belum menerima pulangan dijanjikan sehingga kini.

“Semua urusan pelaburan hanya dibuat melalui kumpulan WhastApp. Namun, pentadbir kumpulan WhatsApp itu pula gagal dihubungi,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pihak polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa sindiket pelaburan itu supaya tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat,” katanya.

-Harian Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat