Karnival Jom Heboh kembali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peluang menikmati pemandangan pusat pentadbiran negara, Putrajaya melalui belon panas dan konsert yang dianjurkan dua malam menjadi antara keseronokan menanti pengunjung Karnival Jom Heboh (KJH) di Anjung Floria, Putrajaya, mulai Sabtu ini.

Kembali dengan edisi terbaru selaras fasa peralihan endemik, acara kegemaran ramai, KJH kali ini dibawakan pengendali perkhidmatan bayaran elektronik, DuitNow sempena Hari Rekreasi Putrajaya.

Seawal jam 8 pagi, acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti di reruai membabitkan TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton.

Pelbagai aktiviti menarik, termasuk penampilan istimewa barisan selebriti popular tanah air menanti pengunjung.

Perkhidmatan belon panas yang membolehkan orang ramai meninjau persekitaran Putrajaya ditawarkan pada harga murah melalui penggunaan aplikasi DuitNow.

Kemeriahan KJH diteruskan dengan promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Tambah menarik, pengunjung terawal berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada KJH.

Lebih istimewa, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan artis di reruai MPB. Antara artis yang turut serta adalah barisan pelakon drama Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati iaitu Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera serta Sophia Albarakbah.

Pengunjung berpeluang menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik serta bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

 

KJH mempersembahkan Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan penyanyi popular dan penyampai radio Hot FM serta Buletin FM pada hari Sabtu, jam 9 malam.

 

Tidak ketinggalan, siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini (WHI) dan Melodi yang membawa kemeriahan KJH kepada semua penonton TV3.

Bagi peminat muzik, KJH mempersembahkan konsert legenda, Konsert Jom Heboh yang pasti memeriahkan malam minggu anda. Konsert ini berlangsung dua malam berturut-turut mulai jam 9 malam, Sabtu ini.

Konsert ini akan dihoskan penyampai radio terkenal Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil.

Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee dan Ezad Lazim.

Bagi menyemarakkan KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya melalui acara menarik seperti Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, desa kopi, pertandingan memancing dan aktiviti ‘flying fox’.

Aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola boling.

Mendapat pengiktirafan Acara Padang Paling Lama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBR).

Karnival ini mempromosikan tanda pagar #KarnivalJomHeboh dan #KJH.

Maklumat lanjut layari www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi Facebook (FB) dan Instagram (IG) @jomhebohofficial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat