Billie Eilish bikin konsert di KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bintang elektropop sensasi yang meraih tujuh trofi Anugerah Grammy, Billie Eilish akan mengadakan konsert sulungnya di sini, sempena siri jelajah dunia, Happier Than Ever, Ogos depan.

Penyanyi berusia 20 tahun itu akan menghangatkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada konsert yang cukup dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia.

Selain Kuala Lumpur, siri jelajah itu akan singgah di beberapa ibu kota di Asia seperti Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.

Konsert itu sempena album studio terbaharu, Happier Than Ever edaran Universal Music.

Mei tahun lalu, tiket konsert bagi siri jelajah penyanyi Bad Guy ini di Amerika Utara, United Kingdom (UK) dan Eropah habis dibeli peminat.

Eilish pilih Kuala Lumpur antara enam destinasi Asia dalam siri jelajah dunia, Happier Than Ever, Ogos depan. Foto Agensi

 

Sejak melancarkan single Ocean Eyes pada 2015, populariti penyanyi kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ini melonjak dengan karya unik dan muzik berbeza.

Album When We All Fall Asleep, Where Do We Go? yang diterbitkan pada 2019, melonjak ke tangga pertama carta Billboard 200 di AS dan 17 negara lain.

Album itu termasuk bingkisan terbaharu, Happier Than Ever ditulis, diterbit dan dirakam sepenuhnya Eilish bersama abangnya, Finneas.

Dalam tempoh empat tahun, Eilish mencipta fenomena dan dilaporkan karyanya distrim lebih 73 bilion.

Dibawa Live Nation Malaysia, pra-jualan untuk kelab peminat Eilish dibuka jam 10 pagi esok, disusuli ahli Live Nation, Sabtu ini pada jam 10 pagi.

Tiket berharga RM308, RM408, RM508 dan RM598.

Layari www.livenation.my untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapat akses pra-jualan tiket.

Tiket untuk orang ramai mula dijual Isnin ini, jam 10 pagi melalui www.golive-asia.com dan GoLive Ticketing App. – NST Online

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat