“Ulang dengar 10 kali, saya yakin audio Zahid-Anwar tulen” – Annuar Musa

KUALA LUMPUR- Klip audio rakaman perbualan antara dua individu mirip suara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak Rabu didakwa tulen.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua tokoh politik itu, pengecaman suara di dalam audio tersebut bukanlah perkara rumit.

“Saya cuba mendengarnya 10 kali malam tadi, saya rasa saya boleh cam suara itu dan yakin 100 peratus ia tulen,” katanya memetik Sinar Harian di Putrajaya, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutan itu mendakwa kandungan percakapan antara kedua-dua individu berkenaan juga amat mengecewakannya.

“Saya bukan mempersoal kebebasan bercakap tetapi “content” percakapan itu jelas menunjukkan ada perancangan, kebersamaan dan perbincangan yang bercanggah dengan dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang diputuskan parti,” katanya.

Beliau mendakwa, sememangnya wujud hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PKR.

“Saya sangat berkeyakinan memang ada perhubungan dan perhitungan…Gunalah apa sahaja, boleh guna konspirasi,” katanya.

Annuar berkata, hubungan itu boleh dilihat termasuklah surat sokongan kepada Anwar yang ditandatangani oleh Zahid, namun dinafikan.

“Kemudian kenyataan media mengenai tuntutan mengadakan sidang Parlimen.

“Copy paste” (surat) juga membuktikan ada muafakat di belakang tabir.

“Sekarang keluar pula rakaman audio,” katanya.

Pada Rabu, tular di laman sosial rakaman suara panggilan telefon berdurasi empat minit 17 saat mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Bagaimanapun Zahid dan Anwar menyangkal dakwaan penglibatannya di dalam rakaman suara tersebut.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

PKP Di Sandakan Bermula Esok, Tawau Dilanjutkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 hingga 30 April ini, manakala PKP di daerah...

PN Sedia Terima Penyertaan Mahathir Tanpa Apa-Apa Syarat – Hamzah

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) sedia menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai gabungan itu sekiranya bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak...

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...