DUN Johor Bersidang 12 Ogos Ini – Sultan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah berkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos 2021.

Baginda juga berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini. Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda bertitah demikian selepas menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin pagi tadi.

Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu, bagi mendapatkan laporan keadaan pendemik virus Covid-19 di Negeri Johor.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata Parlimen hanya boleh dibuka semula apabila pelan pemulihan negara berkaitan Covid-19 memasuki fasa ketiga.

Peralihan ke fasa ketiga akan dibuat selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.

Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpendapat Parlimen mungkin dibuka semula selewat-lewatnya pada September ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat