Firdaus Abdullah Bukan Lagi Pengarang Urusan Media Prima

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Baru sahaja tiga bulan selepas dilantik sebagai Pengarang Urusan rangkaian televisyen Media Prima, Firdaus Abdullah telah dipindahkan daripada jawatan tersebut.

Melalui mesej dalaman yang dilihat Malaysiakini, Firdaus – yang diketahui dekat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad – memberitahu dia akan mengosongkan jawatannya itu berkuat kuasa serta-merta.

(Ura-ura penyingkiran Firdaus yang turut mengendalikan blog Apanama itu, telah mula diperkatakan sejak minggu lepas lagi, pendedahan mengenainya telah dibuat oleh portal ini. Artikel mengenainya boleh dirujuk disini).

“Tiga bulan adalah tempoh yang singkat, tetapi ini sangat bermakna bagi saya, terutamanya sebagai bekas wartawan penyiaran yang kembali ke TV3.

“Saya percaya saya telah melaksanakan tanggungjawab saya demi kepentingan organisasi media bebas dan pekerja profesionalnya,” tulis Firdaus dalam nota itu.

Firdaus berkata dia berbesar hati kerana mendapat sokongan yang kuat dan kerjasama daripada pelbagai pihak sepanjang tempoh perkhidmatannya di Media Prima.

Firdaus juga berharap semua kakitangan syarikat yang mengendalikan pelbagai stesen televisyen, radio, akhbar dan portal berita itu meneruskan kerjasama kepada penggantinya.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, Firdaus enggan memberikan sebarang kenyataan.

Difahamkan bekas wartawan New Straits Times itu akan kekal bersama Media Prima namun dipindahkan ke bahagian lain.

Dia memulakan tugas sebagai pengarang urusan Media Prima pada 2 Mac lalu bagi menggantikan penyandang sebelum itu, Manja Ismail.

Manja pula dipindahkan ke anak syarikat Media Prima, Primeworks Studio Sdn Bhd. – Malaysiakini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat