Kita Pelajari Hikmah, Jangan Bersedih Tak Dapat Rai Aidilfitri Kerana Covid-19 – Agong

Nike Tawarkan Diskaun 50% Sempena ‘Energy Week’ Sehingga 25 Oktober 2020

Buat anda peminat jenama Nike dan sering menanti promosi hebat untuk dapatkan barangan Nike, ini adalah peluang keemasan anda. Rugi jika anda terlepas peluang...

Xiaomi Lancar Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Mengecas Penuh Bateri Dalam Masa 19 Minit

Xiaomi baru sahaja mengumumkan teknologi pengecasan tanpa wayar 80W yang merupakan pengecasan tanpa wayar terpantas di dunia. Menurut syarikat itu, teknologi tersebut mampu mengecas penuh bateri...

Gambar Dan Spesifikasi Huawei Mate 40 Pro Didedahkan Dengan 50MP Kamera Leica

Huawei akan melancarkan siri smartphone perdana Huawei Mate 40 dalam masa terdekat. Kini, beberapa maklumat mengenai gambar dan spesifikasi telah didedahkan melalui laman Winfuture. Melaului sumber,...

Filem Malu tayang di Jepun

KUALA LUMPUR: Sekali lagi melakar sejarah, sutradara Edmund Yeo yang pernah merangkul trofi Pengarah Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) melalui filem Aqerah...

Kukuhkan kerajaan bukan ugut PM – Jeffrey Kitingan

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tindakan membuang masa kerana tiada jaminan Perdana Menteri selepas itu...

KUALA LUMPUR– Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat jangan gusar dan bersedih kerana tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti kelaziman, sebaliknya mengambil peluang itu untuk mempelajari hikmah daripada wabak COVID-19.

Walaupun kedatangan Ramadan dan Syawal kali ini terpaksa disambut dengan pelbagai peraturan dan larangan, Seri Paduka bertitah rakyat perlu bersyukur dan bergembira kerana masih dikurniakan kesihatan untuk bersama keluarga dan insan disayangi pada 1 Syawal.

“Alhamdulillah, beta dan Raja Permaisuri Agong merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah rahmatNya kita semua dapat menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan,” titah Seri Paduka dalam Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen, malam ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah rakyat Malaysia sewajarnya bersyukur kerana selama hampir dua bulan telah mempamerkan tahap disiplin dan berdaya tahan yang tinggi di samping penuh sabar sepanjang menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sebenarnya banyak pengajaran dapat kita pelajari dalam menghadapi wabak ini. Kita pelajari bahawa sesuatu virus atau sakit boleh menyerang manusia tanpa mengira pangkat mahupun darjat. Kita juga insaf bahawa kesihatan dikurniakan Allah adalah suatu kurniaan tidak ternilai harganya,” titah Seri Paduka.

Menurut Yang di-Pertuan Agong, wabak itu turut mengajar bahawa setiap manusia mempunyai ikatan pertalian hubungan yang rapat antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Jika salah seorang daripada rakyat tidak menjaga kesihatan diri, maka kesannya akan menular kepada masyarakat setempat dan akhirnya ke seluruh negara,” titah baginda.

Seri Paduka juga tidak lupa mengajak setiap rakyat bersama-sama menghargai jasa, komitmen, keberanian dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara yang telah mencurah khidmat bakti dengan penuh kegigihan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Beta juga amat menghargai pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas pada lebaran ini, terutama petugas perkhidmatan kesihatan, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua anggota agensi kerajaan yang bertugas menjaga kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskan mengamal normal baharu ataupun ‘the new normal’ dalam kehidupan seharian. Pandemik COVID-19 ini telah memaksa kita untuk melakukan perubahan kepada kehidupan seharian kita.

“Justeru teruskan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan sosial. Hindari dan jauhi aktiviti yang tidak penting. Gunakan masa yang ada untuk membina syurga di rumah bersama keluarga tercinta,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menumpaskan wabak COVID-19 ini selama-lamanya dengan semangat dan kekuatan jati diri bangsa Malaysia serta perpaduan yang utuh.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah perlindungan Allah serta dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong juga berdoa semoga negara akan segera kembali pulih seperti sediakala agar rakyat dapat mengecap nikmat kerancakan ekonomi dan menikmati kemanisan hidup dalam sebuah negara yang maju, aman dan makmur,” titah Seri Paduka.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Berita Berkaitan

Kukuhkan kerajaan bukan ugut PM – Jeffrey Kitingan

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tindakan membuang masa kerana tiada jaminan Perdana Menteri selepas itu...

UMNO perlu ada rasa tanggungjawab , Cakap Mesti Serupa Bikin

CYBERJAYA: Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, berkata UMNO perlu ada rasa tanggungjawab dalam mempastikan agenda rakyat menjadi keutamaan parti tersebut supaya pandangan...

Air Oh Air, Bila Nak Selesai?

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang sejak semalam, bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian kali ini, pastinya mengundang amarah...