Sidang DUN Negeri Sembilan ditangguh pada suatu tarikh akan diberitahu kelak

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 yang sepatutnya berlangsung sehingga minggu depan ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Datuk Seri Aminuddin Harun ketika ditemui sejurus selesai istiadat perasmian memaklumkan pihaknya akan memaklumkan tarikh baharu persidangan.

“Persidangan DUN Negeri Sembilan ditangguhkan pada suatu tarikh yang sesuai mengikut keadaan,” katanya menurut Harian Metro di Seremban pada Khamis.

Sementara itu, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman, berkata Persidangan DUN ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Beliau bagaimana pun tidak memperincikan sebab penangguhan berkenaan, namun menjelaskan persidangan hari ini adalah memenuhi syarat.

“Persidangan kali ini adalah persidangan pertama penggal keempat, dan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Kerajaan akan dapatkan satu tarikh yang sesuai dan tuanku perkenankan dan kita akan edarkan notis balik.

“Persidangan hari ini cukup syarat, sebab itu boleh ditangguh. Perasmian hari ini adalah titah tuanku sahaja.

“Jadi, saya pertimbangkan atas kapasiti selaku Speaker Dewan,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir merasmikan istiadat pembukaan sidang dan baginda tiba di Perkarangan DUN kira-kira jam 9.35 pagi diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat