PM dikunjungi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars) Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti, bersama delegasi ke pejabat.

Menurut Anwar, banyak perkara yang telah dibicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pancabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara.

“Alhamdulillah hari ini saya menerima kehadiran Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars) Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti, bersama delegasi ke pejabat, dalam rangka program Syeikh di Malaysia kali ini.

“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan, Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat