Harga Ayam Melambung Akhirnya Dedak Yang Salah – Najib Bagi Solusi

KUALA LUMPUR – Harga ayam melambung mengundang rantaian ‘tuduhan’ apabila pemerintah bertindak menyalahkan peniaga, peniaga pula salahkan pemborong, pemborong salahkan peternak dan pada akhirnya harga dedak disalahkan oleh peternak,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu susulan kenaikan mendadak harga ayam ‘pesalah’ terakhir yang disalahkan pemerintah ialah harga dedak.

Menurut pemerintah harga dedak adalah diluar kawalan kerajaan sebab harga soya dan jagung dunia diimport untuk menghasilkan dedak turut mencanak naik.

“Adakah ini benar-benar di luar kawalan kerajaan?Selain harga dedak, langkah kerajaan untuk tarik balik diskaun elektrik dan tidak meletakkan harga lantai bagi minyak tahun lepas seperti disaran saya bulan Mac lalu turut menyumbangkan kepada kenaikan harga semua barang. (Misalnya, sayur tak makan dedak tapi harga turut naik).

“Sebab itu, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah memberi amaran bahawa inflasi akan melebihi 5 peratus dalam suku ke-2 tahun ini – iaitu tepat pada masa raya
.
“Tapi memang benar bahawa dedak merupakan antara bahagian kos terbesar bagi harga ayam dan memang kenaikan harga soya dan jagung menyumbang kepada harga dedak.

“Tapi bukan saja harga soya dan harga jagung naik tapi harga kebanyakkan komoditi pertanian dunia mencanak naik juga di seluruh dunia termasuk harga sawit akibat kekurangan stok setelah pengeluaran tergendala pada tahun lepas ketika seluruh dunia buat lockdown yang memanjang.(Itulah sebab harga sawit naik mencanak juga. Bukan kerana usaha kerajaan),” kata Najib.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, namun Malaysia ada pilihan.

“Kerajaan BN dahulu telah mengenakan cukai durian runtuh (windfall tax) sebanyak 3 peratus apabila harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan (diturunkan ke RM2,500 oleh kerajaan PH dahulu).

“Apabila harga sawit mula melepasi RM3,000 satu tan pada akhir tahun lepas, kerajaan PN sudah menjangka untuk mengutip cukai durian runtuh sebanyak RM500 juta,” ujarnya.

Menurut beliau kini, harga sawit sudah melebihi RM4,300 maka hasil dari durian runtuh ini lagi besar.

Kata Najib lagi jika tak cukup, boleh naikkan kadar cukai dari 3 peratus ke 5 peratus sebab ianya tidak memberi kesan yang besar kepada keuntungan pengeluar sawit di Malaysia sebab minyak sawit amat tinggi sekarang.

“Maka hasil dari cukai durian runtuh ini boleh digunakan untuk memberi subsidi untuk dedak ayam untuk menurunkan semula harga ayam selagi harga komoditi tinggi dan selagi ekonomi pendapatan dan kadar pengangguran belum memulih.

“Tapi kerajaan PN tak buat begini tetapi memilih jalan mudah untuk kenakan harga kawalan yang agak rendah (berbanding harga pasaran sebelum ini) bagi ayam untuk tempoh sebulan yang tidak menyelesaikan punca utama kenaikan harga ayam iaitu harga dedak.

“Tapi kaedah ini ada risikonya sebab ianya mungkin membawa kepada kekurangan bekalan ayam atau kerugian yang besar bagi peniaga, pemborong atau penternak sebab siapa yang nak jual barang jika ianya pada harga yang merugikan? Nanti tak cukup bekalan ayam masa raya, orang ramai marah pulak.

“Sebab itu, kerajaan boleh timbang cadangan saya.(Jika cukai durian runtuh sawit masih tak cukup untuk subsidi dedak atau subsidi ayam, boleh cuba tarik balik dan agihkan semula dedak kepada Jkom),” sindir beliau.

Najib mengesyorkan supaya kerajaan PN juga perlu menyambung dan memperkasakan usaha yang dimulakan kerajaan BN dahulu untuk gunakan sisa industri kelapa sawit iaitu rung kelapa sawit untuk ganti soya dan jagung dalam penghasilan dedak agar kos dedak boleh dikurangkan lagi.

\

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Kerajaan GRS Stabil, Tiada Perubahan Pentadbiran Kerajaan Negeri

PUTATAN: "Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih stabil,". Demikian reaksi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung khabar angin yang mendakwa berlakunya perubahan kuasa...

COVID-19: Malaysia Rekod Kes Kematian Tertinggi

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan angka kematian baharu COVID-19 tertinggi hari ini dengan 45 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu setakat ini...

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...