“Bukan Setakat Dua Kolam, 10 Kolam Pun PAS Main Demi Penyatuan Ummah”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Mereka kata PAS main dua kolam, bukan setakat dua kolam, 10 kolam pun PAS akan main demi agenda penyatuan ummah yang sedang berada di tahap krtikal ini,” kata Ketua Pemudanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin.

Beliau menegaskan PAS bertindak demikian kerana menganggap penyatuan ummah bukan bermaksud penyatuan UMNO dan PAS semata-mata.

Sebaliknya, kata Khairil Nizam ia lebih luas daripada itu. Ia adalah penyatuan akidah merentasi batas parti politik, latar belakang dan darjat keturunan.

“Sudah berpuluh tahun umat ini terpecah-pecah, sudah tiba masanya kita bersatu berlandaskan kepada syariat Islam, prinsip Rukun Negara dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“Belajarlah kita daripada sejarah, sekiranya kita berpecah-belah kita akan gagal dan kita akan hilang kehebatan serta kekuatan umat kita,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyeru demi Allah, PAS tidak akan berhenti daripada perjuangan penyatuan ummah ini.

“Kerana ia suruhan Allah. Suruhan daripada Tuhan Yang Maha Esa ,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat