Berkonsepkan Pelangi, Ini 4 Resipi Pencuci Mulut Yang Mudah Dibuat Untuk Meriahkan Hari Raya Anda

- Advertisement -

Suasana hari raya semestinya meriah dan penuh dengan warna-warni. Tidak dilupakan juga, hidangan makanan raya termasuk kuih dan pencuci mulut yang menjadi tarikan utama pada pagi raya nanti. Kenalah hidang cantik-cantik supaya satu rumah berseri-seri. Baru syok raya!

199f

Apa kata tahun ini kita meriahkan lagi meja makan pagi raya dengan kek-kek dan biskut bertemakan rainbow yang pasti dapat jadi tarikan orang ramai. Bukan saja jelita, rasa pun memang sedap! Mari kita tengok video di bawah untuk pelajari 4 resipi pencuci mulut warna-warni unik ini.

 

Kek Gulung Bercorak

ff94-2

Bahan-bahan:

60ml Planta (dicairkan)
70g tepung serbaguna
18g tepung susu
60g gula kastor
3 biji telur (gred A)
12g ovalet
1 sudu kecil ektrak vanila
Pewarna gel
200ml krim putar
30g gula aising

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan krim putar dan gula aising, pukul menggunakan mixer sehingga stiff peak.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung serbaguna, tepung susu, gula kastor, telur, ovalet dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
3. Masukkan Planta yang telah dicairkan sikit demi sedikit sambil pukul pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
4. Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk yang berbeza dan warnakan 2 daripada adunan dengan warna yang dikehendaki.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
6. Mula lukis corak polka dot ke atas loyang yang telah dilapitkan baking paper menggunakan adunan yang telah diwarnakan tadi.
7. Penuhkan loyang menggunakan adunan yang tidak diwarnakan.
8. Ketuk loyang pada permukaan meja supaya gelembung udara dapat dikeluarkan.
9. Bakar selama 15 minit pada suhu 180ºC sehingga permukaan kek menjadi perang.
10. Keluarkan kek daripada ketuhar dan lapikkan permukaan kek dengan baking paper.
11. Terbalikkan kek ke atas permukaan leper.
12. Sapukan krim putar secara sekata. Masukkan strawberi dan lapiskan dengan krim putar.
13. Gulung kek dengan cepat menggunakan baking paper.
14. Rehatkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum hidang.

Semperit Rainbow

e4d4-2

Bahan-bahan:

250g Planta
170g susu pekat
30g tepung kastard
400g tepung jagung
Perwarna gel

Cara-cara:

1. Masukkan Planta dan susu pekat ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung kastard dan ektrak vanila dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung yang sudah diayak sikit demi sedikit dan gaulkan sehingga doh lembut terbentuk.
4. Asingkan doh ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan doh dengan warna yang dikehendaki.
5. Masukkan doh ke dalam acuan dan picit ke atas loyang non-stick.
6. Bakar biskut semperit selama 15-20 minit pada suhu 160ºC. Sejukkan biskut sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Kek Marble Jelita

5b06

Bahan-bahan:

1 cawan Planta
1 cawan gula kastor
5 biji telur (gred A)
1 sudu kecil ekstrak vanila
1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung berserbuk penaik

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta dan gula kastor. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan tinggi selama 5-6 minit sehingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur satu per satu dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
3. Masukkan ekstrak vanila dan susu cair. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
4. Masukkan tepung berserbuk penaik sikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula sehingga sebati.
5. Asingkan adunan ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan adunan dengan warna yang dikehendaki.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
7. Pipekan adunan secara bergilir-gilir ke dalam loyang 8X8 yang telah dilapitkan baking paper.
8. Lorekkan corak pada permukaan adunan menggunakan chopstick.
9. Bakar selama 50 minit – 1 jam pada suhu 150ºC-160ºC, ataupun sehingga kek telahpun masak.

Nota: Tutup permukaan kek dengan aluminium foil pada minit ke 25 untuk mengelakkan permukaan kek dari menjadi warna perang.

Biskut German Warna-Warni

c7ae

Bahan-bahan:

130g Planta
60g gula aising
100g tepung serbaguna
100g kanji kentang
1 sudu kecil ekstrak vanila
Pewarna gel

Cara-cara:

1. Mulanya sekali, panaskan ketuhar pada suhu 160ºC.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan mixer sehingga sebati.
3. Masukkan tepung serbaguna dan kanji kentang, dan gaul menggunakan spatula sehingga doh lembut terbentuk.
4. Asingkan doh kepada 4 mangkuk yang berbeza dan warnakan dengan warna yang dikehendaki. Sejukkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit.
5. Bulatkan doh menjadi bentuk bebola seberat 8 gram dan aturkan ke atas loyang non-stick.
6. Leperkan menggunakan garfu.
7. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160ºC. Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam balang.

Satu ramuan yang sangat versatil di dapur, Planta boleh digunakan untuk menaikkan rasa dan aroma wangi pelbagai jenis masakan!

4a2e

Selain menambah kenikmatan dalam masakan anda, marjerin Planta juga diperkayakan dengan 9 vitamin iaitu Vitamin  A, D, E , B1, B2, B6, B12, Asid Folik dan Niasin yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak tersayang. Anda boleh dapatkan info tambahan tentang Planta di sini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat