Biar anak muda kenal siapa P Ramlee – Tiara Jacquelina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengasas Enfiniti Productions, Puan Seri Tiara Jacquelina berbesar hati berpeluang mementaskan P Ramlee The Musical pada 2007 sebagai tanda penghargaan terhadap lagenda seni yang tidak lapuk ditelan zaman.

Tiara menganggap penting bagi anak muda dan generasi seterusnya tahu sejarah yang sudah terbentuk dalam industri hiburan dan latar belakang Seniman Agung yang sangat dihormati.

“Kenapa saya pilih untuk mementaskan kisah hidup Seniman Agung itu kerana saya tidak mahu nama P Ramlee dilupakan begitu sahaja, apatah lagi anak-anak muda sekarang.

“Pada zaman anak muda lebih mengagungkan hero dari Korea Selatan dan Hollywood seperti Spiderman, Iron Man, Lee Min Hoo dan sebagainya, kita tidak mahu Hero Malaya seperti P Ramlee lapuk ditelan zaman.

“Tetapi pada masa sama, kita tidak boleh salahkan generasi muda kerana mereka lahir pada zaman P Ramlee sudah tiada.

Tiara menerbitkan musim pertama P Ramlee The Musical arahan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri di IB, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2007. Foto IG Tiara Jacquelina
Tiara menerbitkan musim pertama P Ramlee The Musical arahan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri di IB, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2007. Foto IG Tiara Jacquelina

 

“Disebabkan itu, saya terpanggil menjayakan kisah hidup Seniman Agung kita supaya anak-anak membesar dengan mengenali beliau sebagai seniman hebat,” katanya kepada BH Online.

Musim pertama P Ramlee The Musical arahan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri dipentaskan di Istana Budaya (IB), di sini pada 18 Oktober 2007.

Tiara tidak mahu generasi sekarang hanya tahu nama, sebaliknya, arif mengenai kisah hidup P Ramlee yang sangat memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan.

“Orang kata selagi tak kenal, tak cinta. Jadi, kalau kita tidak kongsi perjalanan hidupnya, orang pun tidak boleh nak jatuh cinta.

“Tidak mahulah orang kenal sekadar lagu seperti Getaran Jiwa dan filem Bujang Lapok tetapi tidak kenal orangnya.

“Apabila orang sudah tengok pementasan teater muzikal saya, orang boleh tahu bagaimana susahnya P Ramlee hendak cipta nama sebagai seniman.

“Beliau berjaya menghasilkan beratus lagu dan berpuluh filem yang diingati sampai sekarang.

“Betapa dahsyatnya P Ramlee yang orang tak tahu selagi kita tidak ceritakan. Jadi, mudah-mudahan apa yang kita sampaikan ini, kemudiannya disalurkan kepada generasi seterusnya,” katanya.

Tiara berkata, penggiat seni sekarang perlu menghasilkan lebih banyak kisah mengenai P Ramlee yang dekat dengan cita rasa anak-anak muda.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat