The Times ‘lepas geram’

- Advertisement -

KUMPULAN The Times tidak pernah berkubur atau mengucapkan selamat tinggal kepada industri muzik tanah air.

Selepas lebih dua tahun berehat dari persembahan pentas disebabkan pandemik Covid-19, mereka akan tampil dalam satu persembahan pada 1 April ini.

Ketua kumpulannya, Naza berkata, buat julung kalinya persembahan terbabit tidak akan menampilkan sebarang ‘opening act’ seperti kebiasaan sebelum ini.

“Kali ini kami betul-betul nak lepaskan geram selepas lebih dua tahun terkurung tanpa aktiviti. Persembahan solo yang diberi nama The Times Atas Angin Showcase ini akan berlangsung di sebuah lokasi tertutup bernama Atas Angin di Bandar

Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

“Kami akan membawakan lebih kurang 20 lagu yang akan mengambil masa lebih kurang dua jam,” katanya.

Menurutnya, semua ini dilakukan adalah untuk kepuasan peminat The Times yang setia menunggu dan menyokong mereka sekian lama.

 

BAKAL hadir dengan album terbaharu hujung tahun ini.
BAKAL hadir dengan album terbaharu hujung tahun ini.

 

Selain Naza yang bertindak sebagai penyanyi dan pemain gitar, The Times turut dianggotai Bakri ( dram) di samping dua anggota baru iaitu Khabin (bass) dan Jibeng (gitar).

Pada April 2019, The Times hadir dengan dua single berjudul Separa Sedar dan Aries. Lebih menarik, single ini mengekalkan strategi pemasaran menerusi penerbitan kaset dan cakera padat (CD).

Sambutan yang diterima daripada peminat setia mereka serta generasi baharu menyaksikan cetakan 500 unit album untuk single baru ini habis terjual semuanya.

Tahun lalu, The Times mendapat penghormatan dilantik menjadi ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) peringkat negeri Selangor.

Kumpulan yang sudah berusia hampir 20 tahun ini bekerjasama dengan AADK Selangor mempromosikan gaya hidup sihat tanpa dadah kepada masyarakat.

Sementara itu, bercakap mengenai rancangan untuk tahun 2022 pula Naza berkata, The Times sedang dalam proses menyiapkan rakaman untuk album terbaharu mereka tidak lama lagi.

“Insya-Allah, album ini dijangka akan siap pada hujung tahun ini. Prosesnya pun sedang rancak berjalan,” katanya.

Tiket-tiket untuk menonton persembahan The Times berharga RM70.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat