Netizen Puji Kesungguhan Wanita OKU Jual Produk Guna Facebook

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kekurangan Noor Izatty Sahrif, 37, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) pendengaran tidak pernah menjadi penghalang untuk mencari rezeki menjual produk makanan menggunakan Facebook Live (FB Zetty Sufiyyah) .

Walaupun ramai tidak memahami bahasa isyarat disampaikan ibu tiga anak itu ketika dia mempromosikan produk namun dia enggan mengalah.

“Susah juga sebab tidak ramai orang tahu bahasa isyarat. Tetapi tidak mengapa, jika selalu buat live, lama-kelamaan orang akan perasan.

“Dari situ, mereka akan mesej saya untuk mengetahuinya lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Katanya, pendapatan sebagai pekerja kilang tidak mencukupi bagi menanggung kos sara hidup yang tinggi dan disebabkan itu dia memilih mencari pendapatan tambahan sebagai peniaga dalam talian.

“Sekarang, ramai layari FB dan beli barang secara dalam talian disebabkan ianya lebih mudah.

“Walaupun saya mempunyai kekurangan, tetapi bagi saya kita kenalah ikut trend semasa,” katanya yang menetap di Shah Alam.

Menurutnya, suaminya juga OKU pendengaran sepertinya dan bekerja sebagai pembantu dapur.

“Kami memerlukan pendapatan yang kukuh apatah lagi dalam waktu pandemik ini, perlu membayar rumah dan kereta.

“Anak-anak berusia antara lima hingga 11 tahun, malah saya juga perlu menyara ibu memandangkan saya adalah anak tunggal dalam keluarga,” katanya.

Menurutnya, penerimaan masyarakat terhadap OKU pekak masih baik walaupun tidak mampu berkomunikasi secara dua hala dengan golongan sepertinya.

“Syukur, ketiga-tiga anak saya normal dan anak sulung yang selalu menolong bercakap untuk saya,” katanya.

Mengenai sambutan perniagaannya sebagai ejen menjual produk makanan, Noor Izatty berkata, pada awal agak mencabar untuk mencari pelanggan apatah lagi medium digunakan hanyalah melalui mesej.

“Tetapi saya bersyukur kini sambutan semakin baik dan boleh meraih keuntungan RM800 sebulan,” katanya.

Terdahulu, Noor Izatty membuat video secara langsung di FB dengan mempromosikan produk menggunakan bahasa isyarat tular di media sosial.

Kebanyakan warganet memuji kesungguhannya berniaga menggunakan platform itu. – HMetro

https://www.facebook.com/zetty.sufiyyah

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat