Kepala CEO Cradle Fund Ada Kesan Tembus – Pakar Forensik

- Advertisement -

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat kecederaan tembus pada kepala Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang ditemui mati di rumahnya tiga tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke – 46 yang juga Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng, 50, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memastikan punca kecederaan itu.

“Saiz kecederaan itu (kepala), adalah sedalam 6.8 sentimeter manakala ukur lilit pada kecederaan adalah 5 x 4 sentimeter (sm)” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mengenai saiz kecederaan pada kepala Nazrin yang merujuk 16 kecederaan hasil laporan bedah siasat yang telah dilakukan.

Sementara itu dalam pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata, berdasarkan imbasan tomografi berkomputer (CT), terdapat kecederaan iaitu 6.8 sentimeter dan 5 x 4 sentimeter seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Katanya, kecederaan seperti itu bekemungkinan akibat menggunakan tukul atau set memanah.

Dalam perbicaraan itu Muhammad Shafee turut menunjukkan kepada saksi animasi melalui video bagaimana api marak di bilik Nazrin dan si mati panik sebelum jatuh dan terhantuk sisi katil.

Semalam Sheue Feng memaklumkan kepada mahkamah bahawa Nazrin telah meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di rumahnya.

Perbicaraan bersambung Selasa depan.

Mengikut pertuduhan, Samirah Muzaffar, 45, dan dua lagi remaja serta seorang lagi yang masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat