Altimet rela hati sumbangkan van, jadi ambulans

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Komposer dan penyanyi hip hop popular, Altimet teruja apabila van sumbangannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia untuk dijadikan ambulans mampu guna hampir siap sepenuhnya.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkongsi perkara ini menerusi Facebooknya.

“Hujung minggu lepas, saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

“Esok saya post video dia ok? Ya, saya tahu satu ambulans saja kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih. Tapi, pelan-pelan kayuh.

“Moga kenderaan ini boleh bawa manfaat buat kita semua. Terima kasih semua yang menyumbang, @onenationcentre let’s gooooo!!!! #kitajagakita #ambulansjariah,” tulisnya.

Altimet yang dihubungi berkata, dia sememangnya terbabit secara langsung dalam projek ini dengan pertubuhan berkenaan.

“Mereka nak buat ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

Saya pula ada van syarikat ini. Jadi, saya beri mereka convert (tukar) van ini jadi ambulans jariah yang diinginkan.

“Jadi, kami sekarang dalam proses tukar van ini kepada ambulans. Sebelum Covid-19, van jenis Toyota Hiace ini kerap digunakan.

“Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana, memang jarang van ini digunakan. Jadi, kos untuk ubahsuai van dan sediakan kelengkapan di dalamnya berjumlah sekitar RM150,000,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Altimet lagi, bagaimanapun kos ubahsuai itu dibiayai oleh pertubuhan, melalui derma daripada orang ramai.

“Saya hanya sumbangkan van saja dan harapan saya semog van ambulans ini dapat menolong orang Malaysia yang memerlukan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat