Enggan jenama KRU terkubur, Norman latih perantis

Kuala Lumpur: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim dalam  perancangan untuk mencari dan melatih pengganti bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang digalasnya ketika ini.

Norman, 49, berkata, peranan menerajui syarikat rakaman itu wajar diberi peluang kepada perantis yang agak muda, matang dan berusia sekitar 30-an.

“Melihat perkembangan arus teknologi masa kini, penting untuk saya melatih mereka yang bergerak aktif dalam media sosial dan digital. Saya tidak mahu nama dan jenama syarikat rakaman KRU terkubur.

“Kalau boleh di usia sekarang ini, saya mahu sekadar menjadi presiden dan pemerhati perjalanan syarikat ini. Jadi, sekarang saya melatih graduan lepasan universiti menerusi program pengurusan syarikat untuk menjadi perantis pada masa hadapan.

“Ketika ini ada empat orang perantis yang mempunyai potensi untuk menggerakkan label ini. Saya juga ingin memupuk elemen kesetiaan supaya mereka terus kekal bersama syarikat ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kolaborasi antara KRU Music dan Warner Music.

Selain Norman, majlis terbabit turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy.

Ditanya mengenai kolaborasi terbabit, Norman percaya pengaruh yang dimiliki Warner Music dalam bidang pengstriman digital mampu meluaskan muzik dan penyanyi di bawah naungan KRU Music secara menyeluruh.

“Selepas Edry membuat keputusan ke luar negara, saya akui ‘patah sebelah kaki’ untuk menguruskan label ini yang bergerak secara ‘sendiri’.  Malah, tahun 2018 boleh dianggap masa yang mencabar untuk saya dan Yusry mengendalikan label ini.

“Bagaimmanapun, tahun lalu membuka jalan untuk saya berkolaborasi dengan Warner Music selepas mempertimbangkan beberapa pilihan. Saya berharap kerjasama selama tiga tahun ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan,” kata Norman.

Dalam masa yang sama, KRU Music turut memperkenalkan barisan artis baharu di bawah naungan mereka iaitu Dian Hashim, Fai Ramli, DJ Fateh dan Timur Flores.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Apple bakal perkenal generasi iPad baharu Selasa ini

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple bakal mengadakan acara pertamanya untuk tahun ini yang bertemakan 'Spring Loaded' pada Selasa ini. Ia adalah majlis pertama untuk Apple...

Artis serba boleh

MESKIPUN penularan Covid-19 dalam negara sejak tahun lalu, menghalang kebanyakan penyanyi terbabit dengan aktiviti persembahan, ia tidak mematahkan semangat penyanyi Atilia Haron untuk terus...

2.7 juta tonton konsert BTS

Seoul: Lebih 2.7 juta menonton konsert kumpulan BTS, BANG BANG CON 2021 di seluruh dunia yang berlangsung secara maya, kelmarin. Agensinya, Big Hit Music mengumumkan...