Ekonomi Stabil, KWSP Dijangka Umum Dividen Melebihi 6%

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku ketiga 2024 dijangka memberikan pulangan yang lebih baik kepada pencarum.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata berdasarkan prestasi kukuh ini, pencarum boleh menjangkakan agihan dividen yang lebih baik untuk 2024 berbanding tahun sebelumnya.

“Jika kita melihat prestasi sehingga suku ketiga tahun lalu, ia amat menggalakkan. Menjelang suku ketiga, KWSP telah memperoleh RM57.5 bilion (pendapatan pelaburan), satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

“Prestasi ini akan berterusan ke suku keempat. Dividen akan menjadi lebih baik. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai jumlahnya, tetapi ia akan lebih baik,” katanya kepada media selepas menghadiri satu acara anjuran Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Pada 2023, KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi iaitu 5.50% bagi simpanan konvensional berbanding 5.35% pada 2022, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.

Bagi simpanan shariah, kadar dividen ialah 5.40% berbanding 4.75% pada 2022, dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.

KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen bagi 2024 pada awal Mac. Beberapa pakar ekonomi dan akademik sebelum ini meramalkan dividen KWSP 2024 akan melebihi 6%.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat