Ramai pandai berdebat tapi pelaksanaan kerja ke laut – KJ jawab Iedil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar kurang bersetuju dengan pendapat pelakon, Iedil Dzuhrie Alaudin yang mencadangkan agar Malaysia turut mempraktiskan debat di antara calon Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Bekas Menteri Kabinet itu sebaliknya menegaskan bahawa ramai pemimpin politik yang pandai berdebat tapi pelaksanan tidak seperti didebatkan.

“Sejujurnya, berhentilah mengagungkan perdebatan.

“Sebagai ahli politik yang tidak pernah lari daripada cabaran berdebat, saya fikir ada cara lain untuk menilai pemimpin,” katanya di InstaStory pada Jumaat sebagai reaksi kepada komen Iedil yang menyatakan debat Presiden satu langkah yang boleh menyumbang kepada amalan politik sihat.

Pun begitu, Khairy tidak menolak untuk terus menyertai perdebatan sekiranya kembali ke arenan politik pada masa akan datang.

“Tetapi saya harap orang ramai menilai saya secara holistik dan bukan hanya melalui sesi debat.

“Anda tahu mengapa? Ramai yang pandai berdebat tapi execution ke laut,” bidas Khairy

Terdahulu, berkongsi pengalamannya sendiri, Iedil yang sudah lapan tahun menetap di Indonesia berkata, di negara tersebut dia melihat perkembangan yang menarik apabila ketiga-tiga calon presiden diletakkan sepentas untuk berdebat.

“Kalau di Indonesia ia debat yang berlaku di antara calon presiden, maka jika di Malaysia kita boleh jadikan ia sebagai debat antara calon PM (perdana menteri).

“Tapi sayangnya di Malaysia tidak ada debat terbuka sebegitu. Jika ada, saya pasti ia adalah langkah yang sangat-sangat sihat seperti yang saya lihat di Indonesia.

“Bagi saya, debat antara PM mungkin boleh menjadikan politik kita lebih telus,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat