Pembangkang asyik cakap nak tukar kerajaan punca pelabur asing tak yakin – Salleh Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya pembangkang terus bercakap kepada akhbar asing mengenai hasrat berterusan mereka untuk menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada, ia jelas akan memberi gambaran negatif tentang negara.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tindak-tanduk pembangkang itu jelas akan menjejaskan keyakinan pelabur asing dan menghalang pelaburan asing ke negara ini.

Menurut beliau, kestabilan politik adalah kunci kepada keyakinan pelabur asing terhadap negara dan seterusnya memberi kesan kepada pertukaran asing ke atas mata wang tempatan kita.

“Oleh yang demikian, pembangkang juga harus mengambil bahagian yang saksama di atas kejatuhan ringgit kita dan juga keadaan ekonomi semasa.

“Mereka harus berhenti menggunakan media asing untuk menjejaskan kestabilan politik dan mensabotaj ekonomi dan kemudian meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada kerajaan semasa,” kata bekas Ketua Menteri Sabah itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat