Umno tak halang pembangunan bandar tapi RUU URA perlu diperbaiki

KUALA LUMPUR – Umno menegaskan bahawa Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.

Setiausaha Agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU
URA).

“Umno tegas berpendirian bahawa Umno tidak menentang pembangunan bandar, namun RUU URA ini perlu diperbaiki dan ditambah baik termasuk beberapa pindaan yang harus diperhalusi sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas Umno Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Untuk makluman, Jawatankuasa Khas Umno mengenai URA ini telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu dengan meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan RUU URA,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat