Muhyiddin mungkin kekal Pengerusi PN, Pas gagal kemuka calon

KUALA LUMPUR- Kegagalan Pas menamakan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menguatkan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal kekal mengetuai gabungan itu.

Malah, jika MIC menyertai PN bakal menyukarkan lagi calon dari Pas di posisi tersebut memandangkan parti-parti komponen lebih mahu pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengepalai gabungan berkenaan, menurut Utusan di Kangar.

Menurut sumber dalaman Pas kepada akhbar itu, Pas diibarat sudah terperangkap dalam isu pelantikan Pengerusi PN selepas sebelum ini begitu mahukan jawata n itu namun masih gagal mengemukakan calon.

Soal sumber berkenaan, meskipun Muhyiddin sudah meletak jawatan namun sehingga kini Pas masih belum mengemukakan siapa calon sehingga mencetuskan naratif Pas ketandusan pemimpin untuk diketengahkan mengetuai PN.

“Sebelum ini, kita bersungguh-sungguh mahu mengetuai PN dan Muhyiddin sudah pun meletak jawatan. Apabila orang (Bersatu) sudah serah, kita (Pas) pula masih lambat.

“Akhir sekali, kita jangka Muhyiddin yang kekal mengetuai PN. Pas gagal bertindak cepat dalam isu ini dan ia sangat mengecewakan,” katanya.

Sebelum ini, akhbar berkenaan melaporkan, isu pelantikan Pengerusi PN terus menjadi tumpuan ramai apabila nama Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disebut sebagai calon terkuat.

Bagaimanapun minggu lalu, kepemimpinan tertinggi Pas, termasuk Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dipercayai bagi memuktamadkan pelantikan pengerusi baharu, selewat-lewatnya bulan ini mencetuskan lagi persoalan Presiden Bersatu itu kekal.

Kata sumber berkenaan, hasrat Pas untuk mengetuai PN juga bertambah sukar jika majoriti parti komponen seperti Gerakan, Bersatu dan terbaharu jika MIC menyertai PN menolak.

“Sebab itu, bila kita mahu mengetuai PN kena bersungguh-sungguh dan bertindak bijak. Jika tidak, Bersatu juga yang akan kekal mengetuai PN meskipun sebelum ini, Pas bersungguh-sungguh melaungkan ke­sediaan menerajui PN,” katanya.

Kata sumber itu lagi, Pas perlu mengetuai PN atau lebih baik bergerak solo dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Sumber itu melihat PN sukar untuk bertahan jika melihat kepada situasi yang berlaku ketika ini.

“Daripada bertengkar atau sebagainya lebih baik bergerak solo. Selepas PRU16, barulah berun­ding untuk bekerjasama dengan mana-mana parti membentuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin di Perlis hari ini.

Namun tujuan pertemuan tersebut tidak diketahui namun dipercayai berhubung soal pelantikan Pengerusi PN dan kemelut politik Perlis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat