Siasatan bukan bermotif politik dendam – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan dakwaan pihak tertentu termasuk tokoh politik, yang mendakwa siasatan serta tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mana-mana pihak ketika ini sebagai satu bentuk dendam politik.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan tanggapan sedemikian hanyalah persepsi yang cuba dilontar pemimpin serta tokoh politik tertentu, dengan tujuan mengalihkan tumpuan terhadap isu yang sedang dihadapi mereka.

“Saya rasa itu persepsi beliau. Saya tidak lihat ini sebagai satu isu politik dendam atau bersifat dendam. Itu mungkin timbul dari perasaan beliau sendiri. Saya ingat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah menyatakan beberapa kali ini bukan (hal bersifat) peribadi.

“Sekiranya ada sebarang perkara melibatkan harta rakyat, wang ringgit rakyat, maka dari segi itu ada hak untuk kerajaan teliti dan ia terpakai kepada semua pihak, bukan satu individu atau kelompok tertentu saja” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH, lapor BH pada Selasa.

Fahmi menegaskan, kerajaan juga tidak pernah mencampuri sebarang urusan penyiasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya agensi itu diberi tanggungjawab untuk melaksana siasatan secara bebas, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya tak percaya perkara (campur tangan) itu berlaku. SPRM bebas menjalankan siasatan yang dirasakan wajar dan kita tak masuk campur. Perdana Menteri sudah menyatakan beberapa kali, beliau tidak pernah menyatakan apa-apa arahan kepada SPRM untuk melakukan apa-apa tindakan.

“Jadi terserah kepada SPRM untuk mengambil sebarang tindakan berlandaskan undang-undang terhadap tindakan yang diambilnya,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dilemparkan pemimpin pembangkang dan tokoh politik yang mendakwa pentadbiran Anwar berdendam dengan seterunya, susulan beberapa siasatan dan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap seteru politiknya.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) ketika mengulas sidang media di buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, menasihatkan supaya negarawan itu mengambil tindakan bermuhasabah diri.

“Tun Mahathir hilang deposit di (Parlimen) Langkawi (pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu), Anwar menang di (Parlimen) Tambun. Jadi, saya sarankan sebagai negarawan harus muhasabah dalam hari senja ini.

“Kita harus meninggalkan satu legasi yang murni daripada cuba menakutkan dan mengeluarkan cerita seperti ini. Saya harap beliau lebih bermuhasabah,” katanya menjawab gesaan Dr Mahathir supaya Anwar memanggil PRU serta kritikan terhadap siasatan SPRM yang dikenakan ke atas anaknya yang juga ahli perniagaan, Mirzan Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat