Anwar umum RM50 juta baik pulih rumah Kastam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menambah baik perumahan warga kerja Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menteri Kewangan itu memberitahu, peruntukan itu ditambah RM30 juta, berbanding RM20 juta yang ditetapkan sebelum ini bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut menjamin pemberian bonus yang lebih baik buat warga kerja JKDM selepas ini, susulan pencapaian membanggakan jabatan itu sepanjang tahun lalu.

Sepanjang 2023, JKDM mencapai kutipan hasil sebanyak RM55.1 bilion, melepasi sasaran RM53.5 bilion dengan lebihan RM1.6 bilion atau tiga peratus.

“Berikutan prestasi membanggakan JKDM, peruntukan awal RM20 juta ditambah kepada RM50 juta untuk kastam sahaja supaya perumahan mereka kita perbaiki,” katanya berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-42 di Putrajaya pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat