Pelabur tak yakin punca Ringgit jatuh -Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejatuhan ringgit dipengaruhi banyak faktor, antara pendorong utama ialah ketidakyakinan pelabur ke atas dasar-dasar kerajaan, kata Isham Jalil.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu menegaskan, apabila pelabur tidak yakin, mereka tidak akan masuk melabur.

“Apabila mereka tidak masuk melabur mereka tidak beli ringgit malah menjual ringgit, bila mereka jual atau tidak beli ringgit, ringgit akan jatuh.

“Bila ringgit jatuh, kos import akan jadi lebih mahal termasuk kos barang makanan,” ujarnya.

Justeru kata Isham, kenaikan ini semua menambah beban kepada rakyat.

“Ini ditambah dengan kenaikan cukai-cukai, tarif-tarif, dan sebagainya yang akan lebih menekan rakyat.

“Kerajaan perlu fokus kepada masalah ekonomi rakyat. Bukan hanya berbelanja terbesar dalam sejarah dengan bajet RM390 billion dengan berhutang terbesar dalam sejarah dan menaikkan cukai-cukai.

“Air naik. Cukai naik. Harga makanan naik. Minyak naik.

“Subsidi turun. Ringgit turun. Saham turun. Gaji rendah. Tetapi menteri mahu kekal pegang jawatan sampai habis penggal,” katanya.

Semalam dilaporkan, Ringgit ditutup rendah pada petang Isnin berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), seiring mata wang negara pesat membangun yang lain, berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit mencecah paras terendah dalam 26 tahun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 ketika ditutup pada Jumaat dan berbanding paras terendah yang dicapai pada 1998.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat