Dedah siapa ‘Tan Sri’ urus kenderaan kerajaan, segan apa SPRMku? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituntut mendedahkan ‘Tan Sri’ yang disiasat berkait pengurusan fleet kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menuntut SPRM agar mendedahkan siapa yang disiasat dan kenapa disiasat.

“Dedah sahaja siapa yang disiasat dan kenapa disiasat. Jangan biar rakyat berteka teki.

“Sebelum ini ada cerita Ketua Setiausaha Negara (KSN) disiasat. Rupanya palsu setelah SPRM menafikannya..

“Terbaru, viral rumah seorang ‘Tan Sri’ diserbu oleh SPRM. Tidak didedah siapa ‘Tan Sri tersebut’. Kenapa?Bila rumah Najib digeledah PDRM ratus gambar dan video disiarkan,” tempelak Puad di Facebooknya pada Selasa.

Dakwa Puad, sebelum itu kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuka tender baru setelah konsensi SPANCO selama 25 tahun tamat pada bulan Febuari 2019.

“Difahamkan syarikat Berjaya-Naza menang tender tersebut dan dapat surat niat (LOI) dari kerajaan. Tetapi dibatalkan oleh PM ke -8 Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Katanya diberi balik pada SPANCO. Tan Sri yang rumahnya diserbu itu adalah pemilik utama SPANCO. Tawaran SPANCO RM4.5B adalah 700 juta lebih mahal dari tawaran Berjaya-Naza.

“Apa pun tahniah SPRM. Cuma kena dedah dengan segera siapa yang disiasat. Jangan ada stonewalling. Segan apa SPRMku,” gesa beliau.

Puad menjelaskan “stonewalling” bermaksud enggan beri jawapan kepada pertanyaan.

Katanya, ia bertujuan untuk mematikan cerita.

“Tetapi stonewalling boleh timbulkan spekulasi, andaian dan fitnah.

“Maka SPRM jangan berahsia sangat bila membuat siasatan. Dedah segera,” desaknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat