Konsert FENIX360 Live Malaysia disambut meriah oleh anak Muda

- Advertisement -

Bertempat di Jio Space Pertaling jaya ahad lepas, FENIX360 telah mempersembahkan FENIX360 Live! Malaysia. konsert tersebut  telah mempersembahkan kumpulan  Insomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism, dan The Frankie Sixes! Turut menyertai barisan adalah DJ Jemput Dengar! Bermula dari 4.30 petang hingga 10.30 malam, pintu akan dibuka pada jam 4 petang.

Persembahan dibuka oleh DJ Jemput Dengar kemudianya The Frankie Sixes! Leaism dan MYO (Jemson) mengambil alih pentas sebelum berhenti rehat seketika untuk masuk waktu magrib, selepas itu giliran Insomniacks, Noh Salleh dan akhirnya persembahan penutup daripada kugiran Masdo.

Seramai 2000 peminat hadir untuk menyaksikan persembahan pada malam itu yang rata-rata barisan artis indie. Setiap persembahan disambut dnegan sorakan dan penonton turut menari dan menyanyi bersama dengan lagu-lagu yang dipersembahkan. Rata-rata yang hadir kesemuanya adalah anak muda yang telah mendaftar di apps FENIX360 untuk ke konsert tersebut.

FENIX360, platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis, terus memberikan sokongan dan memperkasakan artis dalam usaha kreatif mereka. FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.

Allan Klepfisz, CEO FENIX360 menekankan, “FENIX360 bukan hanya aplikasi; ia merupakan gerakan untuk mengubah landskap artistik, mengalihkan fokus dari platform kepada artis, mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja mereka.”

Aplikasi inovatif ini direka untuk memperkasakan artis, memberikan peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan dari usaha kreatif mereka, menetapkan standard baru dalam bidang seni dan sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain.

Di FENIX360, pelbagai pencipta seperti ahli muzik, penari, pengeluar, artis, model, dan pereka dapat memperoleh bahagian pendapatan yang besar dari iklan dan transaksi lain, termasuk jualan barang dagangan dan siaran langsung. Platform ini mendorong hubungan yang lebih mendalam antara artis dan peminat, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Platform ini yang berpusat kepada artis mengintegrasikan kandungan dari pelbagai sumber seperti YouTube, Instagram, dan Facebook, menawarkan pengalaman menyeluruh untuk pencipta dan peminat.

FENIX360 berhasrat untuk berkembang di ASEAN dengan acara langsung akan datang di Filipina dan Singapura. FENIX360 Live! di Indonesia telah berlangsung semalam di Jakarta, Bengkel Space, SCBD Complex, dengan persembahan oleh Voice Of Baceprot, ST12, Hijau Daun, Goliath, Angkasa, Nirwana, Raffa Affar, Dimansyah Laitupa, dan Oomleo Berkaroke.

Aplikasi FENIX360 kini boleh didapati di fenix360.com dan di platform iOS dan Android secara global

 

 

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat