JPM Hal Ehwal Agama Peruntukan RM6,033,28 Kepada Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntukkan RM6,033,280 kepada mangsa banjir.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Hj Idris  Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan RM550,000.00, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia sebanyak RM1,633,280.00.

Selain itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM1,000,000.00, Tabung Haji sebanyak RM1,600,000.00, Pusat Pungutan Zakat MAIWP sebanyak RM750,000.00 dan Yayasan Taqwa, MAIWP sebanyak RM500,000.00.

Jelasnya, semua bantuan ini disalurkan dalam pelbagai bentuk sumbangan iaitu barangan asas dan keperluan segera, kit-kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, FoodBank dan makanan siap, penempatan tinggal sementara dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, katanya lagi, agensi-agensi di bawahnya telah menggerakkan pasukan Skuad Musa’adah Agensi Agama untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

“Skuad ini sedang bergerak untuk berkhidmat di semua kawasan yang terjejas di seluruh negeri-negeri yang terlibat dalam bencana ini.

“Saya berharap bantuan yang telah diperuntukkan ini dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh semua yang terlibat dalam tragedi ini, dan saya akan terus pastikan bantuan ini segera sampai kepada yang memerlukan.

“Dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melaporkan perkembangan semasa bantuan kepada mangsa banjir yang amat terkesan ketika ini”. katanya.- SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat