Jualan tiket VTL Malaysia- Singapura gigantung sementara bimbang ancaman Omicron – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan penjualan tiket Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat dan udara Malaysia-Singapura digantung secara sementara berkuat kuasa esok sehingga 20 Januari tahun depan berikutan kebimbangan penularan varian Omicron di republik itu.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Khairy memberitahu keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira perkembangan terkini di Singapura berhuung pengesanan kes Omicron di Singapura.

Bagaimanapun, beliau berkata individu yang telah memiliki tiket perjalanan bagi VTL darat dan udara serta memenuhi syarat yang ditetapkan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022 selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada,” ujarya.

Di bawah program VTL, kedua-dua negara membenarkan kemasukan pelawat dengan hanya menjalani ujian saringan kesihatan tanpa perlu menjalani kuarantin.

Semalam, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 71 kes varian Omicron, dengan 65 kes import dan enam kes tempatan.

Satu kluster dengan tiga kes dikaitkan dengan sebuah gimnasium turut dikesan dengan dua kes positif varian Omicron.

Dalam pada itu, Khairy berkata maklumat lanjut berhubung arahan terkini penggantungan sementara jualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif VTL Malaysia-Singapura boleh
dirujuk kepada kementerian pengangkutan Malaysia bagi VTL Udara dan kementerian perdagangan antarabangsa dan industri bagi VTL Darat.

Khairy turut mengingatkan semua pelawat supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Lakukan ujian pengesanan Covid-19 kendiri secara berkala bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat