Anak Perempuan PM Berlumpur Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

- Advertisement -

HULU LANGAT: ‘Terharu dan terkejut’ itulah luahan seorang mangsa banjir di Kampung Dusun Tua apabila melihat anak perempuan Perdana Menteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang meluangkan masa dan tenaga membantu membersihkan rumah keluarganya yang terkesan akibat banjir.

Menurut Daniel Mazlan, beliau tidak menyangka Nina dan Suaminya Datuk Jovian Mandagie membersihkan rumah yang dipenuhi selut di sekitar rumahnya dan bebebarapa rumah di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Kehadiran mereka berdua tanpa kawalan keselamatan dan protokol itu menunjukkan sikap rendah diri mereka walaupun Nina anak kepada seorang Perdana Menteri, tambah Daniel.

“Kami sekeluarga terharu apabila Nina dan Jovian sanggup membersihkan rumah kami dan meninjau keadaan rumah kami yang terjejas banjir,” katanya.

 

Nina dan Jovian dilihat bersahaja berehat di belakang sebuah trak pikap seusai membersihkan kawasan rumah mangsa banjir.

‘’Kehadiran mereka beserta pasukan sukarelawan yang lain di sekitar kawasan kami secara tidak langsung meringankan beban kami yang sangat terkesan dengan bencana ini.

”Bencana Banjir yang terjadi di kawasan Hulu Langat ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku.” Ujarnya lagi.

Bencana ini telah memusnahkan sebahagian rumah, perabot serta peralatan elektrik selain kenderaan penduduk yang tidak dapat diselamatkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat