COVID-19: Biden Terima Suntikan Vaksin Secara Langsung Di Televisyen

- Advertisement -

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengambil dos pertama vaksin pada Isnin dalam kempen membendung penularan COVID-19.
Program yang disiarkan secara langsung itu adalah sebahagian usaha pemimpin AS untuk meyakinkan rakyat tentang keselamatan vaksin.

“Kita terhutang budi kepada orang-orang ini – saintis dan mereka yang memastikan segalanya dapat berjalan, petugas barisan hadapan, mereka yang melakukan kerja klinikal – cukup mengagumkan.

“Saya harap anda dapat lihat situasi di hospital yang cukup sibuk dan mengagumkan kita semua.

“Ini hanya permulaan. Dahulu satu masalah untuk dapatkan vaksin dan kini Moderna akan dilancarkan. Namun begitu, ia akan mengambil masa.

“Saya berharap orang mendengar nasihat pakar termasuk Dr Fauci yang bercakap tentang keperluan memakai pelitup muka ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu, menjaga penjarakan fizikal.

“Jika anda tidak perlu membuat perjalanan, jangan. Ini sangat penting kerana kita masih berada pada tahap kritikal,” kata Biden.

Lebih daripada 318,000 orang mati akibat COVID-19 di AS dan jumlah itu dijangka terus melonjak pada musim sejuk serta sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

AS memulakan kempen pemvaksinan secara besar-besaran dan pihak berkuasa berharap dapat mengimunisasi 20 juta orang bulan ini, dengan pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit rawatan jangka panjang diberi keutamaan.

Pakar kesihatan negara itu menganggarkan lebih 70 peratus daripada penduduk AS perlu diberi vaksin untuk membendung pandemik – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat