PM belum komen lagi ‘skandal A&W’ – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan ‘skandal A&W’ yang berlaku di Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM).

Datuk Wan Saiful Wan Jan [PN-Tasek Gelugor] mendakwa, Perdana Menteri masih mengunci mulut mengenai kontroversi Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dengan Penolong Pegawainya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, sedangkan J-KOM satu daripada jabatan yang diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Saya rasa ada kegagalan yang berlaku yang mana salah laku ataupun dakwaan salah laku diperingkat J-KOM yang sekarang ini kita kenali sebagai skandal A&W.

“Sehingga hari ini Perdana Menteri yang melantik Ketua Pengarah tidak memberikan komen,” bidas beliau di Dewan Rakyat pada Rabu.

Wan Saiful turut membidas sekiranya Perdana Menteri ‘part time’ dikatakan tidak boleh menjalankan tugas terhadap J-KOM
maka beliau mencadangkan jabatan komunikasi itu diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Beliau berkata, langkah itu wajar diambil terutama sekali selepas berlakunya skandal membabitkan kepemimpinan tertinggi J-KOM baru-baru ini.

“Saya nak tanya juga adakah wujud pertindanan dari segi peranannya dengan J-KOM yang diletakkan di bawah JPM kenapa tidak pihak kementerian hanya mengambil alih J-KOM yang telah pun ada di bawah JPM dan dioperasikan di bawah KKD supaya kita boleh jimatkan perbelanjaan kita.

“Ini adalah satu perkara yang lebih efisien dan lebih efektif bagi saya dan kita lihat juga bahawa sebenarnya J-KOM ini dari segi peranannya.

“Ambil alih J-KOM letak bawah KKD itu lebih menjimatkan dan mungkin lebih efektif peranannya,” syor Wan Saiful.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat