Hamas bebaskan 50 tebusan, Israel janji gencatan senjata 4 hari

- Advertisement -

GAZA – Israel memeterai perjanjian bersama pejuang Hamas bagi membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditahan sebagai tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama empat hari.

Pegawai dari Qatar, yang menjadi pengantara rundingan membabitkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Hamas, sejak beberapa hari lalu mengatakan perjanjian hampir pasti berlaku.

Menurut pihak berkuasa di Gaza, perjanjian itu akan menyaksikan gencatan senjata pertama perang Israel-Palestin, selepas pengeboman Israel memusnahkan Gaza yang diperintah Hamas, lapor Reuters.

Setakat ini, 14,300 orang awam terkorban di kawasan kecil yang padat dengan penduduk, selain mengakibatkan mendorong kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat