MRSM sukar nilai keupayaan, potensi pelajar selepas UPSR dibatal – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sukar untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketiadaan UPSR juga antara faktor kepada pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah.

“Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR, sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.

“Salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,” katanya di Facebook pada Rabu.

Jun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengulangi keputusan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata keputusan itu adalah kerana KPM buat masa kini, memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

“PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan. Oleh itu, kita tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3,” katanya.

UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya mulai 2022 sebelum digantikan dengan PBS dan PBD secara menyeluruh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat