Rakyat perlu terima keputusan, “be rational”, titah Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-

Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah harini menitahkan agar rakyat menerima segala keputusan yang dibuat berhubung pemilihan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

Bertitah di hadapan pemberita hari ini, baginda turut menitahkan agar rakyat menjadi rasional kerana negara perlu bergerak ke hadapan.

Ketika ditanya sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menjadi Perdana Menteri ke-10, baginda hanya tersenyum dan memberitahu baginda belum melihat akaun bersumpah (SD) yang diberi.

“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab saya tidak tengok apa-apa lagi.

” Saya harap semua bersabar terima keputusan rakyat dan wakil rakyat, dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Be rational, dan kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta.

” Saya akan buat keputusan dalam masa terdekat,” titah baginda di Pintu 2, Istana Negara hari ini.

Sebelum itu, baginda sempat bertanya khabar para pengamal media yang berkampung di Pintu 2, Istana Negara sejak awal pagi tadi.

Istana Negara semalam memberi tempoh sehingga jam 2 petang hari ini untuk gabungan parti politik memberikan nama calon Perdana Menteri serta SD yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Sehingga hari ini, Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH) masing-masing tidak dapat dipastikan berapa jumlah SD yang diterima memandangkan kedua-dua gabungan parti itu mendakwa mereka mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat