HUAWEI Watch GT 3 dan Watch GT Runner kini tersedia untuk pra tempahan

- Advertisement -

SEIRING peredaran masa, masyarakat kini dilihat memberikan lebih perhatian terhadap kesihatan mereka memandangkan pengurusan kesihatan antara cara penting bagi mencegah penyakit dan kekal sihat.

Maka tidak hairanlah mengapa jam tangan pintar menjadi pilihan kebanyakan individu memantau kesihatan diri selain dijadikan aksesori telefon pintar mereka.

Boleh dipakai sepanjang hari, jam tangan pintar boleh membantu mengurus kesihatan pengguna secara aktif dan memberikan pengalaman aplikasi yang lebih baik.

Justeru, bagi memenuhi permintaan pemakaian yang selesa, kedudukan yang tepat dan panduan senaman saintifik, HUAWEI tampil dengan jam tangan pintar baharu iaitu siri HUAWEI Watch GT 3 dan HUAWEI Watch GT Runner.

HUAWEI Watch GT 3

Mempunyai bateri yang tahan lama sehingga tujuh hari bagi HUAWEI Watch GT 3 42mm dan sehingga 14 hari untuk Watch GT 3 46mm, pengguna boleh memakai peranti ini boleh digunakan secara berterusan bagi memantau tidur dan kadar Spo2 sepanjang hari tanpa perlu mengecas setiap hari.

HUAWEI Watch GT 3 hadir dengan kawalan butang berputar dan maklum balas sentuhan yang menawarkan pengecaman pergerakan jari berketepatan tinggi.

Dengan berat 35 gram (42mm) dan 42.6 gram (46mm) tanpa tali bakal memberikan pengguna pengalaman pemakaian yang lebih ringan dan nipis.

Fungsi pemantauan kesihatan yang dipertingkat pada peranti ini juga memberikan ketepatan dalam pemantauan kadar jantung.

HUAWEI Watch GT 3 boleh mengesan denyutan jantung dengan sempurna walaupun dalam senario yang berubah seperti lari pecut, berenang di kolam dan lompat tali.

Ia juga menyediakan ciri pemantauan SpO2, tidur, tekanan sepanjang hari dan kitaran haid masa nyata dan tepat untuk pengurusan kesihatan yang menyeluruh.

Lebih menarik, HUAWEI WATCH GT 3 turut menyokong ciri kesihatan dan kecergasan yang diperibadikan termasuk AI Running Coach dan Healthy Living Shamrock yang bertindak seperti pembantu kesihatan dan kecergasan untuk pengguna kekal sihat dan aktif.

HUAWEI Watch GT Runner

Dilengkapi indeks keupayaan larian dan program latihan berkala, HUAWEI Watch GT Runner membolehkan pengguna menilai prestasi mereka dengan tepat dan memperbaikinya melalui program latihan yang diperibadikan.

Sama seperti Watch GT 3, HUAWEI Watch GT Runner turut mempunyai ketepatan pemantauan denyutan jantung yang ditambah baik walaupun dalam situasi perubahan kadar denyutan jantung yang pantas seperti larian berselang-seli dan larian pecutan.

Lebih mengagumkan, peranti ini merupakan yang pertama menggunakan reka bentuk antena tersembunyi bagi mengurangkan gangguan isyarat kedudukan yang disebabkan oleh bahan logam.

Tambahan, HUAWEI Watch GT Runner turut menyokong cip kedudukan lima sistem GNSS dwi-jalur untuk memberikan ketepatan kedudukan GPS.

Dikuasakan HarmonyOS

Kedua-dua HUAWEI Watch GT 3 dan GT Runner dilengkapi dengan HarmonyOS 2.1.

Ini bagi mengekalkan reka bentuk peranti dengan produk HarmonyOS yang lain serta membolehkan pengguna mengalami ciri interaktif pada telefon pintar.

Secara keseluruhan, pengguna boleh memilih HUAWEI Watch GT 3 dari dua saiz iaitu 46 mm dan 42 mm dengan paparan dan jangka hayat bateri mengikut keperluan individu.

Buat pengguna yang gemar berlari, HUAWEI Watch GT Runner bakal menjadi pilihan terbaik kerana ia padat dengan mod larian yang lebih profesional dan sesuai untuk pelari.

Pra tempah sekarang

HUAWEI Watch GT 3 46mm dan 42mm baharu kini boleh didapati untuk pra tempahan pada harga bermula RM999 mulai 20 November sehingga 3 Disember.

Image

Lebih menarik, pembeli juga bakal menerima hadiah percuma bernilai RM379* untuk setiap pembelian HUAWEI Watch GT 3 46mm dan rebat segera bernilai RM200* bagi pembelian HUAWEI Watch GT 3 42mm.

Image

Manakala untuk HUAWEI Watch GT Runner pula tersedia untuk pra tempahan mulai sekarang sehingga 12 Disember dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM548, termasuk HUAWEI FreeBuds 3i dan HUAWEI Scale 3.

Sementara itu, dapatkan juga HUAWEI Watch GT 3 42mm dan HUAWEI FreeBuds Lipstick sebagai satu pakej untuk menikmati rebat segera sebanyak RM300.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai HUAWEI Watch GT 3 serta HUAWEI Watch GT Runner dan pra tempah di HUAWEI Online StoreHUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada sekarang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat