Ku Li Enggan Ambil Bahagian Dalam Perbahasan Belanjawan 2021 Kerana Prinsip

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – [Kemaskini] Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Melalui salinan surat yang dihantar ke pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh memaklumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum disahkan Dewan Rakyat.

“Memandangkan kerajaan sekarang masih belum disahkan melalui sidang Dewan Rakyat, saya terikat dengan sumpah (ahli parlimen) yang dilafazkan sebelum ini maka saya tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan,” memetik kenyataan di surat tersebut yang ditandatanggi oleh beliau.

Sementara itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani ketika dihubungi SuaraTV mengesahkan salinan surat tersebut yang tular di media sosial petang tadi.

“Surat tersebut telah dihantar kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada petang Jumaat,” katanya ketika di hubungi SuaraTV.

Menurut Lokman lagi, Tengku Razaleigh adalah merupakan seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip dan atas sebab itu beliau memilih untuk tidak mengambil bahagian di dalam perbahasan.

“Apa yang boleh saya katakan, Ku Li merasakan kerajaan sekarang masih tidak ‘legitimate’ sebelum usul tidak percaya atau percaya dibentangkan di Parlimen.

“Apa pun kita tunggu perkembangan semasa minggu hadapan,” katanya lagi.

Terdahulu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan PN tidak boleh menyalahkan ahli Parlimen yang tidak menyokong dan menganggap mereka sebagai pengkhianat.

“Ia seperti perlawanan bola sepak. Kalau leka dan pintu gol terbuka jangan salahkan penyerang. Tak ada yang kata siapa yang sumbat gol adalah pengkhianat,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, masa depan gabungan parti kerajaan PN itu bergantung kepada kebijaksanaan menteri-menteri kerajaan ketika menggulung perbahasan dan memberikan hujah.

“Sebelum ini, kisah pengundian bajet hampir ditolak adalah biasa. Minggu depan pengundian di peringkat dasar, selepas itu banyak pengundian-pengundian lain di peringkat jawatankuasa.

“Waktu itu menteri-menteri kena pandai menjawab dan berbahas. Tak ada siapa boleh bantu. Ada kala pengundian dibuat jam 2 atau 4 pagi. Boleh ditonton live melalui internet,” katanya.

Pada minggu ini dijangka menteri akan mula menggulung perbahasan peringkat dasar mengenai RUU Perbekalan 2021 pada hari Isnin.

Sekiranya semuanya berjalan lancar mengikut jadual, penggulungan perbahasan itu akan berlangsung pada hari Khamis, setelah itu akan ada undian mengenai belanjawan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat