Kerajaan komited agenda literasi digital, mohon rakyat buat pilihan tepat

- Advertisement -

BERA: Kerajaan sentiasa mengutamakan pembangunan digital dan kekal komited mewujudkan masyarakat celik teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, keutamaan kerajaan dalam pembangunan digital dapat dilihat ketika negara menempuh era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, katanya, literasi digital yang dimiliki hari ini mewakili sebahagian ilmu yang kecil berbanding apa yang bakal hadir pada masa hadapan.

Justeru, beliau meminta agar masyarakat dapat memastikan beliau kembali menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ia bagi membolehkan agenda literasi digital mampu ditingkatkan dan menjadi kenyataan, katanya.

“Agenda literasi digital mampu ditingkatkan dan menjadi kenyataan jika saya menerajui semula Kerajaan.

“Saya berharap anda semua mampu membuat penilaian yang tepat dan mengundi semula kerajaan saya pada 19 November ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Penyerahan Komputer #thetaCares di sini, hari ini.

Ismail turut menambah, Revolusi Industri 4.0 banyak bergantung kepada teknologi terkini dan perubahan perlu dilakukan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing.

“Ini kerana dalam Revolusi Industri 4.0, segala urusan harian manusia akan banyak bergantung kepada teknologi terkini seperti automasi robotik yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

“Penggunaan teknologi muktahir ini membawa cabaran baharu kepada semua sektor dalam negara ini yang memerlukan mereka berubah seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing,” katanya.

Bagi memastikan literasi digital berjaya, Ismail Sabri berkata kerajan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan termasuk kepada golongan B40 agar tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan teknologi.

Sebagai contoh seperti pelaksanaan program PerantiSiswa, iaitu pemberian tablet berkualiti tinggi kepada kira-kira 400,000 pelajar yang layak bagi memastikan pelajar golongan B40 tidak ketinggalan dalam kaedah pembelajaran pada pasca pandemik.

Selain itu, katanya, kerajaan juga memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan belia serta jurang antara penduduk bandar dengan luar bandar.

Justeru beliau memberi jaminan bahawa agenda literasi digital mampu ditingkatkan jika kerajaan terus menerajui negara selepas ini.

“Pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan mengoptimumkan jaringan kabel elektrik pula menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada lebih 60,000 penduduk luar bandar..

“Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluas rangkaian 5G di seluruh negara, membolehkan rakyat bakal menikmati kelajuan Internet lebih pantas dan capaian Internet 5G yang lebih murah,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat