Cyberjaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia bakal menikmati harga baharu petrol RON95 pada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.
Menurut beliau, mekanisme pelaksanaan subsidi ini akan menggunakan MyKad di kaunter dan pam minyak, selain boleh diakses menerusi aplikasi rasmi stesen minyak.
Manfaat tersebut akan diberikan lebih awal kepada anggota polis dan tentera bermula 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula pada 28 September.
“Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fanwaribrahimofficial%2Fposts%2Fpfbid02o7kdSp2d5RsM7VPMRiSYsURkGRykepoWcgv1XMMpeVaxmg5vMWECcMYQn8TXATejl&show_text=true&width=500″ width=”500″ height=”794″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowfullscreen=”true” allow=”autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share”></iframe>
“Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah,” katanya dalam kenyataan.
Kerajaan yakin pelaksanaan subsidi bersasar ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, malah mampu memperkukuh daya tahan ekonomi negara.



