MUDA tetap bekerjasama dengan PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan tetap menjalinkan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun tidak diterima secara rasmi ke dalam gabungan itu.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, malah MUDA juga akan menjadikan tiada ‘perlanggaran’ kerusi menjadi objektif utama mereka pada PRU-15.

Katanya ketika ini fokus Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA adalah jelas dengan segala perbincangan tertumpu untuk memastikan kerjasama parti itu dengan PH terjalin.

“Apa sahaja keputusan kita akan pastikan tidak akan ada pelanggaran kerusi, itu adalah objektif paling utama hadapi PRU-15.

“Apa pun kita nak pastikan jika kita tidak diterima secara rasmi pun dalam PH, kita akan pastikan kerjasama itu masih ada, sekiranyalah, kita beri ruang kepada Majlis Presiden PH,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, PH dalam satu kenyataan memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa rundingan bagi membincangkan permohonan keanggotaan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bekerjasama dengan gabungan itu secara rasmi pada PRU-15.

Wakil parti komponen PH yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menerima wakil MUDA dan PSM untuk perbincangan mengenai penyertaan dalam gabungan itu.

Menurut Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, pihaknya ambil maklum sekiranya ada pihak meragui penyertaan MUDA dalam PH.

“Saya faham keraguan itu. Saya faham bila mana-mana parti baharu nak sertai gabungan yang sudah terbentuk, keraguan itu akan ada.

“Hasrat MUDA untuk bersama-sama PH bukan baharu, malah sejak awal pendaftaran parti lagi sudah bergerak bersama-sama gabungan tersebut yang mempunyai dasar dan prinsip yang sama,”katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat