Hazama bantu cegah penipuan

- Advertisement -

Pengaruh teknologi terutama jaringan maya pada masa kini membuatkan pelbagai perkara menjadi mudah.

Umpama kata kebanyakan orang, semuanya di hujung jari.

Bagaimanapun, di sebalik segala kemudahan itu, ada juga kekurangan apabila wujudnya golongan ‘scammer’ yang sanggup melakukan kegiatan penipuan atas talian dan semakin berleluasa.

Penyanyi, Hazama yang ditemui baru-baru ini selepas pelantikannya sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, dia teruja menggalas tanggungjawab itu.

Menurut penyanyi lagu Peneman ini, sebagai selebriti dikenali sudah pasti aktiviti khidmat masyarakat sebegini sangat wajar dilakukan demi membantu dan menyelamatkan orang lain daripada menjadi mangsa.

“Saya bersyukur dengan pelantikan ini. Ia memberi peluang untuk saya membantu menyebarkan maklumat mengenai ‘scam’ yang semakin berleluasa sekarang.

“Lebih-lebih lagi apabila ibu saya sendiri hampir menjadi mangsa ‘scammer’ yang selesa menjadikan warga emas sebagai sasaran utama mereka. Kalau ikutkan hati, memang saya rasa marah dengan ‘scammer’ ini. Sudahlah menipu orang ramai dan kebanyakan mangsa yang terkena itu adalah orang tua ataupun bekas pesara kerajaan. Kasihan, duit simpanan lesap sekelip mata,” katanya.

Berbicara juga pengalamannya sama ada pernah berdepan dengan perbuatan licik ‘scammer’, Hazama berkata, dia sudah beberapa kali mendapat panggilan telefon daripada golongan tidak bertanggungjawab itu yang cuba nak menipunya.

“Saya memang pernah dapat panggilan daripada mereka (scammer) sebelum ini dan hanya layankan saja. Apatah lagi, saya pun suka berbual. Tapi, apabila mereka minta maklumat peribadi, saya tak akan beri.

“Apapun, menariknya ragam golongan ‘scammer’ ini ialah mereka muncul dengan bermacam identiti penyamaran seperti dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ejen insurans dan pihak bank,” katanya.

Selesa menggunakan platform media sosial seperti Instagram untuk menyebarkan maklumat berkaitan ‘scam’ itu, Hazama berkata, apa saja maklumat terkini yang diketahui akan dikongsikan kepada pengikut untuk terus disebarkan.

Bercerita mengenai perkembangan karier seninya, Hazama berkata, dia amat sibuk dengan banyak aktiviti seperti persediaan untuk Konsert 4G’s Gabungan Melodi Terindah bersama Akim, Black dan Tomok serta rakaman single solo terbaharu.

“Syukur, karier nyanyian saya masih lagi berjalan lancar. Selain menantikan perancangan Konsert 4G’s Gabungan Melodi Terindah yang tertangguh sebelum ini dapat direalisasikan untuk peminat, saya juga bakal hadir dengan single baharu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat