‘Syamsul dan Syafiq lebih kreatif, saya pula ‘old school’ – Yusof Haslam

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Datuk Yusof Haslam tidak pernah menyangka dua anaknya, Syamsul dan Syafiq akan mewarisi legasinya sebagai pengarah.

Yusof ketika dihubungi berkata, sebagai bapa, dia bangga melihat hasil kerja Syamsul dan Syafiq yang dianggap lebih kreatif.

“Saya sendiri pun tak jangka. Kalau bapa pengarah, anak akan jadi pengarah juga. Saya tak nafikan, ini adalah zaman mereka.

“Apabila melihat hasil kerja mereka, saya dapat lihat bahawa mereka lebih kreatif kerana saya bekerja berdasarkan pengalaman dan lebih ‘old school’,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Syamsul mencipta sejarah apabila filem arahannya, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan hampir RM100 juta, manakala Syafiq yang tampil dengan filem terbaharu, Abang Long Fadil 3 turut mencetus fenomena apabila filem berkenaan mencatat kutipan RM18 juta selepas 11 hari tayangan.

Sehingga hari ini, Syamsul sudah mengarah 11 filem dan Syafiq sebanyak 12 filem. Mereka juga bakal tampil dengan beberapa filem yang kini dalam peringkat pra dan pos produksi.

Yusof berkata, Syamsul dan Syafiq membesar dalam dunia perfileman dan memiliki kelebihan masing-masing.

“Sejak kecil, mereka dah lihat bapa mereka mengarah dan terdedah dengan bidang itu. Kebetulan, syarikat produksi milik saya, Skop Productions masih lagi bertahan sehingga hari ini.

“Saya hantar mereka untuk belajar ilmu perfileman secara formal. Jadi, mereka dapat menimba dua bentuk ilmu. Satu daripada pengalaman melihat bapa mereka dan satu lagi ilmu secara teori.

“Syamsul dan Syafiq ada kelebihan masing-masing. Karya-karya arahan Syamsul lebih kepada penceritaan (story telling) dan bermain dengan emosi, manakala Syafiq pula kelebihannya lebih kepada penggunaan teknologi seperti CGI (imej janaan komputer) dan sebagainya.

“Jadi, mereka menghasilkan medium filem yang berbeza. Itu yang membuatkan mereka unik dalam cara mereka yang tersendiri,” katanya.

Meneruskan legasinya dalam dunia perfileman, ia umpama persaingan sihat antara dua beradik ini.

“Syamsul mula mengarah ketika berusia 23 tahun, manakala Syafiq pula ketika berusia 18 tahun. Saya nampak banyak peningkatan mereka sebagai pengarah. Mereka belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan dalam setiap karya.

“Syafiq beritahu saya, dia nak ‘kejar’ abang dia. Dia sendiri pun ada merancang untuk arahkan filem epik, tapi bukan dalam masa terdekat. Mungkin setahun dua lagi. Kita akan dapat lihat filem epik dalam bahasa Syafiq pula selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Skop Productions juga bakal hadir dengan filem kepolisan pada Januari tahun depan. Difahamkan, Zul Ariffin akan ditampilkan sebagai pelakon utama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat