Argentina tarik semula arahan guna pelitup muka Artikel Penuh

- Advertisement -

BUENOS AIRES – Arahan penggunaan pelitup muka di majlis dan aktiviti berkumpulan di kawasan terbuka ditarik semula di Argentina.

Menurut Menteri Kesihatan negara itu, ia susulan kejayaan penurunan kadar jangkitan dan kematian akibat Covid-19 sejak beberapa minggu lepas.

Namun, jelas Carla Vizzotti, penggunaan pelitup muka tetap diwajibkan di kawasan tertutup.

“Pertama, kita menarik semula kewajipan penggunaan pelitup muka di kawasan terbuka dan di kawasan tiada orang awam, tiada penghimpunan orang awam.

“Kewajipan pengunaan pelitup muka akan diteruskan di semua kawasan tertutup,” katanya.

Dewan dan restoran dibenarkan beroperasi dengan kapasiti terhad iaitu 50 peratus dan pengunjung perlu pengesahan lengkap vaksinasi 14 hari sebelum memasuki premis.

Jelasnya lagi, bermula 1 Oktober, aktiviti yang melibatkan perhimpunan lebih 1,000 orang awam dengan kapisiti terhad 50 peratus akan dibenarkan.

Ini sekali gus bermakna stadium akan dibuka semula.

Tambahan itu, pengembara yang tiba ke negara itu bagi tujuan pekerjaan juga tidak perlu melalui proses kuarantin.

Untuk rekod, kadar jangkitan menurun sehingga 2,000 kes baharu harian yang dicatatkan berbanding 30,000 kes harian yang direkodkan sebelum ini.

– Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat