Warisan Bayar RM500 Ribu Untuk 5 Orang ‘cybertroopers’

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Parti Warisan Sabah (Warisan) di dakwa membayar lima orang cybertroopers yang dibawa khas dari Semenanjung Malaysia khusus untuk membantu gerak kerja parti itu sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perkara itu di dedahkan oleh Rapahi Idris yang merupakan bekas setiausaha politik kepada menteri pelajaran dan inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Menurut Rapahi kesemua mereka telah di bayar upah sebanyak RM500,00 dan diberi tanggungjawab untuk menyebarkan propaganda berkaitan Warisan untuk mempegaruhi rakyat.

“Biro penerangan (Warisan) telah membawa lima orang cybertroopers dari Semenanjung dengan bayaran RM500 ribu untuk menyediakan video dan sebagainya.

“Persoalanya kenapa sampai terpaksa mengupah orang luar untuk membantu bagi mempertahankan kita.

“Sedangkan kalau betul kita tidak salah, tidak perlu untuk membelanjakan wang yang sebegitu besar semata-mata untuk mengupah cybertroopers,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Rapahi lagi, wang yang sebegitu banyak sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang masih susah.

“Inilah yang menjadi keresahan kami, atas sebab itu saya mempertaruhkan masa depan diri sendiri demi memastikan rakyat tahu perkara sebenar.

“Kalau benar kerajaan prihatin terhadap rakyat untuk apa membelanjakan wang setengah juta, sedangkan dengan wang sebanyak itu kalau digunakan untuk membeli buku agama (contohnya) satu Sabah boleh mendapatkan manfaat,” tegasnya lagi.

Untun rekod Rapahi sebelum ini merupakan Ketua Penerangan Warisan Sabah yang bertanggungjawab untuk menyebarkan propaganda berkaitan kerajaan negeri. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat