#PRNSabah: Henti Main Sentimen “Malaya” – Bung Moktar Radin

- Advertisement -

LAMAG: Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga calon BN bagi DUN Lamag, meminta pemimpin Warisan terutama Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, berhenti memainkan sentimen “Malaya” semasa berkempen kerana kerana ia boleh mengelirukan pengundi.

Menurut Bung Moktar, ekonomi Sabah semakin merudum sejak diambil alih oleh Warisan dengan statistik menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah dari 8.25% pada tahun 2017, merosot kepada 1.5% pada tahun 2018 dan hanya 0.5% pada tahun lepas. Ini yang sepatutnya dijelaskan bukan bermain sentimen Malaya, kata Bung dihadapan petugas jentera BN di PDM Buang Sayang sebentar tadi.

“Yang dia sentuh apabila pilih UMNO bermakna orang Malaya yang akan menguasai negeri Sabah, itu saja dia cakap. Padahal bini-bini dia (berasal dari) Malaya juga, tapi dalam masa yang sama, dia kata kasi (pastikan) menang DAP, kasi (pastikan) menang PKR, itupun (parti dari) Malaya juga”, kata beliau secara sinis.

Bung menegaskan bahawa UMNO Sabah hari ini sudah tidak sama seperti UMNO yang sebelum ini. UMNO Sabah hari ini kata beliau sudah diberi autonomi untuk menguruskan parti dan negeri itu (jika menang dalam pilihanraya negeri nanti).

“Saya ingin nyatakan pada hari ini, UMNO Sabah bukan lagi UMNO yang dulu-dulu. UMNO Sabah sudah berautonomi, UMNO Sabah sudah diberi kebebasan untuk mengurus parti dan negeri Sabah”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, “Kita tidak lagi bergantung kepada dakwaan Shafie apabila undi UMNO bermakna undi Malaya, undi UMNO bermakna Ketua Menteri Sabah dikekang ataupun dikawal oleh Malaya”.

Bung sebelum itu diawal ucapannya, meminta maaf kepada jentera dan penyokong BN di DUN Lamag kerana terpaksa meninggalkan mereka selama 8 hari untuk berkempen bagi calon-calon BN yang lain diseluruh negeri Sabah. Ini terpaksa dilakukan kerana sebagai Pengerusi BN Sabah, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu kemenangan semua calon terbabit – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat