Nombor telefon mesej ugut isteri Rafizi didaftar atas nama warga asing – KPN

KUALA LUMPUR – Nombor telefon individu yang menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, didaftarkan atas nama warga asing.

Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ia berdasarkan analisa yang dijalankan pasukan polis dalam siasatan kes berkenaan.

“Kita (polis) sudah mengenal pasti nombor telefon berkenaan didaftarkan atas nama warga asing dan kita sedang mengesan individu terbabit,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis masih giat mengesan dua penunggang motosikal yang disyaki terbabit kes serangan anak Rafizi.

“Kita belum dapat mengenal pasti suspek kerana kedua-dua individu-individu memakai topi keledar,” katanya.

Ditanya sama ada polis sudah mengenal pasti jenis cecair yang disuntik kepada anak lelaki Rafizi dalam serangan di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu, Mohd Khalid berkata, pihaknya masih menunggu laporan kimia daripada hospital.

Pemantauan terhadap kanak-kanak itu oleh pihak hospital mendapati dia dalam keadaan baik.

Beliau berkata, setakat ini seramai 19 individu sudah diambil keterangan termasuk keluarga Rafizi, pemandu dan pekerja serta saksi lain bagi membantu siasatan.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mengambil dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, lapor BH.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang pada 13 Ogos lalu, anak lelaki Rafizi diserang dan disuntik cecair oleh individu di tempat menurun dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

Anak lelaki Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu difahamkan tiada kecederaan fizikal.

Rafizi dalam kenyataan memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat