Industri rambut, salon dan kecantikan bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi semakin menjadi salah satu sektor bernilai tinggi dalam ekosistem ekonomi Asia Tenggara. Kehadiran Barber Expo Asia, Salon Expo Asia & Beauty Expo Asia 2025 pada 6–8 September di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pasaran ini.
Dengan skala pameran mencecah 91,000 kaki persegi dan penyertaan lebih 200 jenama tempatan serta antarabangsa, acara ini bukan sekadar festival kecantikan, tetapi sebuah platform perniagaan serantau yang menyatukan pengeluar, pengedar, pemilik jenama, pengusaha salon, akademi kecantikan dan pembeli profesional dari lebih 15 negara.
Menurut laporan pasaran kecantikan Asia, sektor ini mencatatkan pertumbuhan tahunan sekitar 6–8%, dengan segmen grooming lelaki menjadi penyumbang terbesar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Kehadiran expo berskala mega ini di Malaysia menjadikan negara sebagai hub penting dalam rantau ASEAN, setanding dengan pameran kecantikan global di Eropah dan Timur Tengah.
-
Untuk B2B, expo ini membuka peluang strategik kepada pengusaha tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, terutama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih 600 juta populasi.
-
Untuk B2C, pengunjung mendapat akses eksklusif kepada trend, teknologi dan produk terkini daripada jenama global, sekaligus meningkatkan kesedaran jenama tempatan di mata pengguna.
Salah satu komponen terpenting expo ini adalah Forum Sphere, pentas yang menghimpunkan tokoh industri perniagaan dan kecantikan. Kehadiran nama besar seperti Christy Ng (Pengasas Christy Ng Shoes) dan Datuk Ameer (Mydin Holdings) membuktikan bahawa industri kecantikan kini dilihat sebagai sebahagian daripada ekosistem keusahawanan yang serius, bukan sekadar gaya hidup.

Dengan sokongan penaja utama seperti myBarber dan Dyson, acara ini mengangkat Malaysia sebagai pusat inovasi dan trend kecantikan serantau. Selain mencipta peluang pekerjaan baharu, expo ini juga dijangka memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan, hospitaliti dan logistik negara.
Di sebalik kemeriahan pertandingan, pertunjukan gaya rambut dan bengkel, Barber Expo Asia, Salon Expo Asia & Beauty Expo Asia 2025 sebenarnya membawa naratif yang lebih besar – iaitu bagaimana industri grooming dan kecantikan boleh berkembang menjadi enjin ekonomi, platform inovasi dan jambatan hubungan perdagangan antara negara.
Malaysia kini bukan sahaja menjadi tuan rumah, tetapi juga hab strategik industri rambut & kecantikan Asia Tenggara.



