Umno belum putuskan gerak solo atau bersama parti lain hadapi PRU-16- Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno masih belum memuktamadkan sama ada untuk bergerak solo atau bersama mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang, kata Dr Akmal Saleh.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, keputusan bertanding solo atau bersama mana-mana parti hanya akan dimuktamadkan mengikut kehendak ahli dan parti.

“Sudah tentu, dalam parti politik ini kita tidak boleh muktamadkan apa pun. Mungkin hari ini kita bersama orang itu, tak mungkin minggu depan kita akan berubah.

“Ini mengikut kepada parti kehendak rakyat dan ahli. Sudah tentu jika ahli kata kita perlu pergi solo, kita pergi solo, tapi mesti ikut kehendak parti,” kata Adun Merlimau itu ketika ditemui media di WTC, Kuala Lumpur pada Khamis.

Justeru, buat masa ini Dr Akmal memaklumkan Umno tidak membuat sebarang ketetapan berkait hala tuju parti dalam menghadapi PRU-16.

“Jadi hari ini kita tidak memutuskan lagi untuk bersama siapa mengahadapi PRU-16, tidak dibincang di peringkat MKT mahupun BN.

“Sudah tentu option itu terbuka, mungkin juga kita boleh bersama mana-mana parti, selagi mana dia menguntungkan bangsa, agama dan negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat