Kita mengucap syahadah yang sama, Umno tak perlu buktikan siapa lebih Melayu dan Islam” – Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu hal ini kerana parti berkenaan adalah perjuangan Melayu itu sendiri, kata Datuk Seri Noraini Ahmad.

Ketua Wanita Umno, berkata, umum sering mendengar tuduhan bahawa politik Melayu dan Islam sedang mengalami kemerosotan kononnya, suara Melayu dan Islam semakin dipinggirkan.

Namun hari ini katanya, kita berhadapan dengan cabaran daripada mereka yang mendakwa memperjuangkan agenda sama.

“Dalam masa PAS berkhayal dengan negara Islam yang abstrak, Umno telah membina institusi Islam yang konkrit – dari bank Islam hingga universiti Islam.

“Dalam masa Bersatu berkhayal dengan imaginasi perjuangan Melayu versi mereka, Umno sedang mengangkat martabat Melayu ke persada dunia.

“Hakikatnya, Umno tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu. Kita adalah perjuangan Melayu itu sendiri,” katanya.

Bahkan dalam aspek ekonomi, Noraini berkata PAS masih berteori, Bersatu masih tercari-cari, tetapi Umno telah lama berbudi.

“Manakala dalam hubungan antara kaum PAS mengasingkan, Bersatu mengelirukan, tetapi Umno menyatukan.

“Dalam arena antarabangsa – PAS terpencil, Bersatu baharu belajar berdiplomasi, tetapi Umno telah lama dihormati,” tegas beliau.

Menurut Noraini, ada pihak yang mendakwa bahawa kerjasama Umno dalam Kerajaan Perpaduan adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kini bukan masanya untuk membuktikan siapa lebih Melayu dan siapa Islam atau siapa menjuarai Melayu dan siapa yang menjuarai Islam.

“Kita mengucap syahadah yang sama. Bezanya hanya pendekatan yang dibawa,” tegas beliau ketika Perhimpunan Wanita Umno, pada Khamis.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu lagi, kita perlu sedar bahawa retorik perkauman yang melampau hanya akan merosakkan fabrik sosial masyarakat kita.

“Lihatlah apa yang berlaku di Amerika Syarikat dengan kebangkitan alt-right, atau di Eropah dengan peningkatan parti-parti sayap kanan ekstrem.

“Perpecahan masyarakat, peningkatan jenayah kebencian, dan ketidakstabilan politik adalah harga yang terpaksa dibayar demi suaka populis,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Parit Sulong, tujuh dekad Umno telah mengukir sejarah pembinaan Negara Bangsa.

“Umno menawarkan keseimbangan yang unik -menghormati tradisi sambil mendepani modenisasi.

“Ideologi Umno ini bukan fosil sejarah. Perjuangan ini tidak pernah sekali berubah.

“Justeru sudah tiba masanya para perwakilan semua membawa mesej ini kepada seluruh rakyat jelata.

“Inilah perjuangan yang kita bawa dari dulu, kini dan selamanya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat